EXPOSURE
1.
Dedahan cahaya kepada Kamera (Sensor atau filem gambar) dalam
proses pengambilan sesuatu gambar.
2 Untuk mendapatkan tetapan/setting Exposure yang paling tepat, biasanya jurukamera akan mengunakan lightmeter. Lightmeter biasanya sudah terdapat di
dalam kamera dan berfungsi mengukur cahaya yang masuk ke dalam kamera sehingga
mencapai Exposure yang normal.
Faktor - faktor EXPOSURE
1.Exposure dibahagikan kepada 3 Faktor
iaitu:
A) APERTURE - Kadar bukaan Lens
terhadap cahaya.
B) SHUTTER
SPEED – Tempoh jangka masa bukaan Shutter.
C) I.S.O –
Kadar sensitifan cahaya terhadap sensor kamera.
Terdapat 3 jenis Exposure
yang sering ditemui di dalam sesuatu karya fotografi yang mana akan
memberi kesan pencahayaan terhadap sesuatu
foto yang diambil samada gelap, normal atau terlalu cerah.
Cahaya yang masuk mestilah mencukupi perkadarannya, jika tidak
gambar tersebut akan menjadi gelap atau terlalu cerah. Gambar yang tidak cukup
cahaya dipanggil Underexposed, manakala gambar yang terlebih cahaya
dipanggil Overexposed. Gambar yang cukup dengan cahaya yang seimbang dipanggil Normalexposured.
Gambar yang kurang cahaya boleh menyebabkan noise juga meningkat, manakala gambar yang terlebih cahaya akan
menyebabkan gambar tersebut ‘burn’
atau terbakar. gambar yang terbakar ini tidak boleh di’recover’ kerana nilai cahayanya (exposure value) dirakam pada kadar
maksimum.
APERTURE
1. Bukaan lensa bagi menetapkan jumlah cahaya yang
masuk ke dalam kamera.
2. Semakin besar lubang shutter yang
terbuka, maka semakin banyak cahaya yang dapat masuk ke dalam kamera.
3. Ukuran aperture dilabelkan
dengan simbol f/[nombor] (Contoh: f/2.4). Ukuran ini adakala mengelirukan kerana semakin
besar nombor f, lubang shutter adalah
semakin kecil. Sebaliknya semakin kecil nombor f, lubang shutter adalah
semakin besar.
SHUTTER SPEED
1. Tempoh masa shutter terbuka bagi membolehkan cahaya masuk dan mengenai sensor.
2. Semakin lama shutter terbuka, semakin banyak cahaya masuk dan
sebaliknya.
3.
Nilai shutter speed dikira dengan menggunakan sesaat (seconds) dan biasanya lebih rendah
dari satu saat.
4. Mengelakkan gambar blur, gunakan shutter tidak kurang dari 1/60.
I.S.O
1. Tahap
sensitiviti sensor kepada cahaya.
2. Semakin
tinggi ISO, semakin sensitif sensor/filem terhadap cahaya.
3. Jika
zaman dahulu, dunia fotografi memakai filem untuk mengambil gambar. Setiap
filem tersebut mempunyai gred atau
nombor seperti 100, 200 dan 400 bergantung kepada tempat yang hendak kita ambil
gambar. Filem gred 400
ke atas biasanya dipakai apabila terdapatnya kurang cahaya seperti waktu malam.
4. Semakin
tinggi ISO, ‘noise’ juga akan semakin kelihatan.

No comments:
Post a Comment