Thursday, May 31, 2012

Mengenali Dunia FOTOGRAFI


Adakah anda tahu maksud Fotografi??.. Adakah anda tahu sejarah Fotografi bermula dari mana???


(Dari bahasa Inggeris: Photography, berasal dari kata Yunani iaitu “Fos” bermaksud cahaya dan “Grafo” membawa maksud melukis/menulis) adalah proses melukis/menulis dengan menggunakan media cahaya.

Proses atau metode untuk menghasilkan gambar atau foto dari suatu objek dengan merakam pantulan cahaya yang mengenai objek tersebut pada media yang peka cahaya. Alat paling popular untuk menangkap cahaya ini adalah kamera.

FOTOGRAFI terbahagi kepada 2 bahagian :

1) Fotografi Anolog.
2) Fotografi Digital.

Fotografi Analog

Fotografi analog pula memerlukan filem sebagai alat untuk merakam gambar. Sekiranya gambar anda dirakam dengan kamera analog, anda perlukan negatif untuk membuat cetakan gambar.

Fotografi Digital

A) Menggunakan kaedah merakam gambar foto tanpa menggunakan filem. Penggunaan kamera digital amat meluas pada masa kini kerana ianya amat memudahkan kerja jurugambar, sekaligus membantu jurugambar merakam gambar dengan lebih baik.

B) Namun, jika kamera digital digunakan, anda perlukan fail jpeg atau lain-lain fail imej untuk membolehkan gambar itu dicetak. Fail gambar ini biasanya disimpan di dalam CD. Gambar dari kamera digital hanya boleh dicetak di kedai gambar digital.












No comments:

Post a Comment